Wednesday, September 15, 2010

a great meaningful song





       Assalamualaikum buat pembaca blog yang tidak seberapa ini :) Kali ini post nih lain sket. haha. anda disajikan dgn lagu yang cukup bermakna dan yang lebih istimewa..didendangkan oleh ahli kumpulan rock muda. Nama kumpulan ini masih lagi belum diketahui kerana mereka tak nak ramai orang tahu- maklumlah,sekolah pun belum habis lagi depa ni.
      Lagu ini saya first time dengar time kem LKP sepintar tahun 2010. Liriknya cukup bermakna. Mengingatkan kita kembali tentang siapa kita sebenarnya- hamba Allah yang kecil dan hina. Ingatlah wahai sahabatku, dimana jua kita berada, pangkat apa pun kita atau kaya mana kita..kita tetap hamba Allah. Hanyalah hamba. Patuhi suruhannya, tinggalkan larangannya. Manfaatkan hidup anda, jangan sia-siakannya. Hidup hanya sekali.

Assalamualaikum, selamat beramal ibadah.

lirik untuk lagu td..

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

(korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
-saya-

No comments:

Post a Comment