Tuesday, February 1, 2011

HIDUP ATAS SUDUT PANDANGAN ORANG LAIN


Pernahkah anda menyebut “Nanti apa orang lain kata…” “Nanti apa pula  kata
jiran?”…Jika pernah menyebut begitu bermakna anda pernah hidup atas sudut
pandangan orang lain. Apa yang anda lakukan seolah – olah perlu “kelulusan”
orang lain.

 Walaupun dalam bentuk kata-kata tapi anda mesti ingat bahawa
komunikasi bukan melalui kata-kata sahaja. Komunikasi juga boleh terjadi
melalui pandangan. Hanya melalui pandangan sahaja, hidup kita boleh dikuasai
oleh orang lain – jika kita membenarkannya.
Mereka dengan mudah menguruskan hidup kita tetapi adakah mereka
menguruskan keperluan dan cita-cita kita? Adakah mereka menyediakan wang dan
peluang untuk masa depan kita? Bukankah semuanya tertanggung dibahu kita
sendiri? Jadi, jangan musnahkan hidup dengan mementingkan pandangan orang.
Kita dengan bangga boleh mengatakan, “Ini hidup saya, cara saya dan masa depan
saya..” tapi pada masa yang sama kita mengatakan “Nanti apa pula kata…” Disaat
yang sama kita memberhentikan segala usaha yang membentuk masa depan hanya
bimbang pandangan orang. Satu tindakan kerja yang BODOH!
Apa yang lebih memeranjatkan orang-orang yang menguruskan hidup kita adalah
sahabat karib, jiran, keluarga dan juga orang-orang yang bersama kita setiap
hari.Benarlah seperti yang dikatakan, ” Untuk mencari musuh, carilah
dikalangan sahabat.” Merekalah penyebab bila kita hendak melakukan sesuatu.
Orang menguruskan hidup kita melalui pandangan adalah kerana kita membenarkan
diri kita diurus oleh pandangan. Jadi, jangan salahkan orang lain sebaliknya
diri sendiri mesti menghentikan dari membenarkan orang lain menguruskan hidup
kita melalui pandangan.

No comments:

Post a Comment